Monday, 26 October 2015

PTPTN

Hai semua..Assalamualaikum..

Bila cakap pasal PTPTN mesti dikaitkan dengan student u..tapi ramai yang dok kata jangan la amik PTPTN..sbb kita x tau lagi kedepan hidup kita macam mana..ada keja ke menganggur ke, dan buat tambah hutang je..

Baru2 ni orang PTPTN datang UKM untuk perjanjian pinjaman..dekat u lain dah lama dah buat benda ni.tp UKM ni lambat..budak2 u lain ad yang dah guna duit PTPTN tu nak dekat habis dah..yang budak UKM ni tengok jelaa mereka berbelanja.hahaha..

Pendaftaran PTPTN ni mula pkul 8 pg..tapi kalau pegi 8 pg tu memang lama la nak tunggu..sebab barisan dah panjang..students dok tunggu dari awal2 pagi lagi..dalam pkul 7 pg macam tu dah ad yang dok beratur..memang student sanggup beratur lama2 untuk PTPTN.sbb x semua orang senang..jadi untuk belajar perlukan kewangan yang stabil untuk yuran, buku, belanja dan macam2 lagi laa..jadi yang amik PTPTN tu bijakla berbelanja bila dah dapat duit..jangan dapat duit terus habiskan..


Sesal

Assalamualaikum w.b.t semua..
Masalah jerebu ni kejap elok kejap datang balik..hmmm dunia dunia..ujian Allah..

Menyesal??Kenapa ye..hahaha..
Nak crita sikit ni selasa lepas kelas aku buat ujian amali..banyak la masalah yang timbul..ada yang hantar lambat,ada yang tak tau nak guna formula macam mana, ada yang salah hantar folder, ada yang x lengkap folder, tak tau macam mana nak buat tamplate, macam2 lagi.hahaha..

Tulaa lain kali masa lecturer ajar fokus jangan dok main fon, main pc buat keje lain..Hhaahaha..yang lecturer aku cakap tulaa lain kali buat nota cantik2 jangan cincai2..kan dah menyesal x dapat buat Lab Test elok2..hahaha..
Peringatan untuk diri sendiri..lain kali buat nota cantik2..hahaha..

-Sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tiada guna-

Monday, 19 October 2015

Pilihan??

Hye Assalamualaikum w.b.t.. semua..

Kehidupan sebagai manusia, haiwan, hidupan laut dan sebagainya memerlukan pilihan..Kita sebagai manusia mempunyai pelbagai pilihan yang perlu dibuat untuk terus maju dan berjaya dalam hidup.Contohnya, kita nak pilih sama ada hendak sihat atau tidak..Sekiranya kita pilih untuk sihat mesti kita akan pilih cara hidup sihat.Tapi kalau kita x mahu mesti kita ambil sambil lewa je kesihatan kita..

Haiwan pon mempunyai pilihan untuk terus hidup..Contohnya harimau,harimau perlu berlawan untuk dapatkan makanan dan kadang kala ada antara mereka yang mati kelaparan akibat tidak berjuang untuk makanan,mati akibat kalah dalam perjuangan dapatkan makanan dan mati akibat tiada bekalan makanan..

Jadi buatlah pilihan yang terbaik untuk kehidupan kita..:)

Beban

Assalamualaikum w.bt.. Hai..

Hari ni memang busy..Dengan sukan,dengan meeting,study n kelas,waktu makan, tidur dan macam2 lagi aktiviti.Hmmmm..ramai orang tanye."Eh awak tak rase beban ke dengan semua benda ni??"
Emmm..macam mane ye nak cakap.kehidupan ni memang semua kita kena tempoh.

Ramai orang kat sekeliling aku ni, aku tengok success je dalam apa yang dyeorang buat..dyeorang dapat imbangkan antara belajar dan aktiviti harian..

Hmmm..bagi aku la memang la aktiviti harian ni sibuk.ada je benda yang nak buat..tambah tambah lagi kehidupan aku yang sebagai pelajar ni..tapi kan....

Semua benda ni boleh dikira beban yang kita pikul untuk kehidupan kita..bagi aku,aku x nak anggap tanggungjawab ni sebagai beban..tapi aku anggap semua ni sebagai amanah..Jadi kita akan rasa benda ni semua ringan dan bukannya sebagai sesuatu beban yang berat..

"Hendak seribu daya,Tak hendak seribu dalih"

Tuesday, 13 October 2015

Rezeki

Assalamualaikum w.b.t semua.

Harini nak cerite sikit pasal kehidupan manusia ni..semua manusia telah ditetapkan hidupnya,rezekinya,ajalnya,jodonya dan sebagainya.

Kite dapat lihat dan sering disajikan dengan berita2 insan yang putus harapan,murtad,bunuh diri,tidak percaya dengan ketentuan Tuhan.Namun ada antara kita ni yang beranggapan bahawa takdir mereka, mereka yang mengatur.

Kesempitan hidup yang dirasakan terlampau teruk menyebabkan mereka melakukan perbuatan dan tindakan di luar syariat..hati hati mereka ini merasakan Tuhan tidak adil kerana orang lain diberi kekayaan hidup namun mereka diberi kemiskinan hidup..salah sama sekali..Tuhan itu Maha Adil..Tuhan memberikan kekayaan hidup dan kecukupan hidup..

Disini ada laa tips yang boleh kita sama2 amalkan agar dimurahkan rezeki :
1.Solat Dhuha 4 rakaat (istiqomah)
2.Baca Surah AlFatihah 7 kali.Amalkan selepas solat Dhuha
3.Baca Surah AlIkhlas 13 kali.Amalkan selepas Solat Dhuha

Petua ringkas :)

Selamat beramal 

10.10

Assalamualaikum w.b.t semua..

Hari ni lepas balik dari program interaksi rase seronok sangat..best!! hehehe..oke nk tlis pasal "10.10" ni..10.10 ni boleh didefinisikan dengan pelbagai.contohnya berat badan,tarikh penting,kenangan,nama sesuatu atau nama tempat.

Tak kiralah apa yg dimaksudkan dengan 10.10 ni..tp kat sini aq nak crite tentang 10.10 ni sebenarnya tentang tarikh. 10.10.2015 baru2 ni ada buat selection untuk semua pelajar yang ingin mewakili kolej dalam SUKEM (Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia).Jadi banyakla acara yang bakal dipertandingkan.Contohnya bola sepak,badminton,renang,hoki,futsal,softball dan macam2 lagi.

Aq tringin jgak la jadi wakil kolej aq (Aminuddin Baki) dalam SUKEM ni.aq pon try la nasib dalam sukan softball..10.10 ni aq pon mulela training utk softball ni..disebabkan training pagi n petang jangan cakapla penatnya hahaha..bile balik je tidur tapi assignments x sentuh.haha..

10.10 ni hari yang memang penat la..serius cakap macam orang x de arah je time hari tu.sebab bangun pagi lpastu training,habis training balik tidur,bangun je tidur petang tu training balik.hahahha...bile ingat balik hari tu keje aq tidur n training je banyak,hahaha..

Pape pun kite semua sebagai pelajar ni kene seimbangkan antara amal,kebajikan,kesihatan,kemahiran insaniah walau sesibuk manepon kite..

"Kerana kehidupan pelajar universiti yang sibuk kalahkan menteri"

hahahaha =^.^=

Saturday, 3 October 2015

Berani dan Yakin??

Bissmillahhirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t. semua..

Sihat??yang kurang sihat tu smoge cpt sihat..hehe..Nak tanye sikit ni.Korang rase berani dan yakin ni saling berkait ke??
Siapa kat sini berani orangnya??

Boleh dikatakan semua orang ad sifat berani sebenarnya..cume antara nampak n x nampak je..Mcm aq, aq suke dngan orang yg berani..tapi berani dy ad la tahapnye jangan yg sampai langgar syariat..

Nak cite sikit la pasal diriku ni..haha..Dulu time kat skola rendah aq ni pendiam orangnye..x suke campur ngn orang,suke sendiri2, bile org tanye bepatah-batah aq just spatah je ckp..haha.tapi kan time skola menengah aq jadi bising..mulenye sbb aq jg ketua tingkatan..aq pon x tau knp org pilih aq jd ketua dyeorang..tp aq trime je "Mandat" yang diberi..cewahh haha..Dari zaman sekolah menengah la aq blaja n cube jadi berani dlm ap je yg aq tempoh..

Bagi aq antara berani dan yakin ni yakin ni diutamakan..Yakin ni pengapit kepada berani..sbb sebelum nak laksanakan sesuatu kita kene yakin barilah timbul berani dan dari berani tu kene yakin yang kita buat ni betul..

Alhamdulillah aq gunakan "Yakin - Berani - Yakin" ni sbagai prinsip aq untuk teruskan usaha jadi seseorang..sbb aq nak jd seseorang kpd mak ayah aq.haha sedih pulak tringat mak ayah ni..Jadi aq akan terus usaha untuk kehidupan yang lebih mencabar ni..

Jadi untuk kawan2 yg aq sayang..jadilah sorang yg yakin n berani..in shaa Allah ad hikmahnye disebalik semua ni..

- Find ur "Fight song" for "Life song" -

Mentor

Assalamualaikum w.b.t..
Haa..Harini nak crite sikit pasal "Mentor"..Bile kita dengar je pasal mentor mesti dok tringat tv show Mentor tunjuk ajarku sifu tu..Yang rancangan nyanyi2 tu..lame da ad rancangan ni..Tapi bukan nak crite pasal rancangan Mentor ni..

Dekat UKM ni student Fakulti Ekonomi Dan Pengurusan (FEP) ni ad mentor masing2 bagi setiap orang..Jadi semua orang wajib jumpe mentor dan masa yang fakulti bagi dlm seminggu..Wajib kene jumpe katenye..Tapi tarikh yang kene jumpe 21/9 - 30/9..Da la dalam mase ni cuti.Memang ad yg x pegi jumpe laa..Tapi yang peliknye ad jgak yang dapat mentor da besara..Macam manela nk jumpenye..haha

Mentor aq ni name dy Prof Madya Dr. Rohayu Abdul Ghani..Bilik dy dekat ngan bilik "Sir Sempoi" yang aq citu haritu..hehe..sebelah je rgopenye bilik deme..haha..Aq jumpe ngan Dr. Rohayu dengan mentee aq yg lain time last day tempoh jumpe 30/9..Jumpe ngn dy kat Hotel Puri Pujangga..wuuu hotel.hehehe..hotel ni dlm UKM je..Aq ngn mentee yg lain ni 1 kelas so kitorang mintak pelepasan dlm setengah jam ngn pensyarah akaun nak jumpe mentor..mintak pelepasan setengah jam tapi bkn setengah jam sejam jadinye..haha..Time kat hotel tu aq n mentee yg lain dpt mkn free sbb mentor blanje.hehe..Dr. Rohayu ni sporting je so best la jumpe dy haritu walaupun skip kelas kjap..hehe..

Oke x de idea nak cite sangat pasal mentor ni..Ni je yang mampu..
oke byeee..^_^