Monday, 30 November 2015

α keertian..

Assalamualaikum semua..

Kali ini tajuk blog ni menyusahkan aku..sebab aku x pilih alphabet yang 26 tu..haha..jadi aku kena pilih simbol apa yang ada untuk tajok blog kali ini..jadi aku pon pilih laa simbol "α" alpha  ni..Aku dapat idea untuk tulis pasal simbol ni sebab subjek statistik..

Dalam subjek statistik simbol ni digunakan untuk tentukan aras keertian bagi sesuatu pemboleh ubah samaada pemboleh ubah tu diskrit atau selanjar.Aras keertian ni α adalah peratusan bagi 100% ditolak dengan aras keyakinan(%).

Alpha α ada juga digunakan dalam formula untuk matematik tambahan iaitu fungsian  logarithm.Seronok bila ada formula yang guna simbol alpha sebab simbol dia comel je.hehe..dah melalut dah..ni je untuk alpha "α" keertian ini..

Minggu Keusahawanan

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah Minggu Keusahawanan telah selesai dengan jayanya..
Perasaan yang x dapat digambarkan setelah selesainya Minggu Keusahawanan kerana segala usaha dan penat lelah serta kerjasama antara ahli Biro Pembangunan Keusahawanan membuahkan hasil yang memuaskan.Banyak pujian dan reaksi serta komen yang baik dilemparkan kepada kami sebagai Biro Pembangunan Keusahawanan kerana program ni lebih meriah daripada tahun sebelumnya..

Saya juga merasa bangga dan terharu kerana berjaya membantu memastikan kelancaran program berjalan dengan jayanya.Rakan sejawat saya juga turut bangga dengan kejayaan kami..Felo penasihat dan Majlis Eksekutif Pelajar yang turut membimbing kami berasa gembira dengan kejayaan kami..

Alahamdulillah tidak sia-sia usaha kami selama ini..Habis je program ni dapatlah rasa kebebasan dan rilek siket..Tapi lepas ni ada lagi program yang lebih besar akak kami kelolakan..dan kami harapkan dapat menjalankan program peringkat Asean pada sem 2 dengan jayanya..In shaa Allah..^_^

Monday, 23 November 2015

Masa

Assalamualaikum wbt

Masa ini sangat singkat.Masa ini memerlukan banyak pembahagian..Masa ini mempunyai banyak keperluan..

Kehidupan sebagai pelajar perlu diuruskan dengan baik..Aku seorang pelajar,jadi aku memerlukan masa yang banyak untuk memperuntukkan dan mempraktikkan apa yang perlu dibuat dan diuruskan..
Contohnya masa untuk belajar, makan, tidur dan riadah..

Aku susah untuk uruskan masa yang ada untuk semua aktiviti yang perlu aku lakukan,tetapi aku cuba untuk bahagikan..Cuma kadang-kadang aku tersalah langkah..Aku menumpukan perhatian terhadap satu kerja pada suatu masa dan mengabaikan yang lain.

Masa sekarang makin singkat..pejam celik pejam celik dah seminggu kuliah.Sekarang ni dah masuk minggu ke 11 kuliah..Kejap je lagi nak habis sem 1.

Masa sangat berharga,uruskan masa dengan sebaiknya..

Tikam

Assalamualaikum w.b.t

"TIKAM" suatu perkataan yang pedih dan perit untuk digambarkan..Perkataan yang boleh dikatakan sangat kejam..Tikam ini boleh jadi merupakan dua situasi yang boleh menimpulkan prasangka, kemarahan, keburukan dan sebagainya.

Tikam ini boleh menjadi suatu situasi dimana seseorang dibunuh dengan ditikam..Hilang perikemanusiaan seseorang inssan itu apabila telah dirasuk diri dengan perkara ini..

Tikam juga boleh menjadi suatu situasi dimana seseorang itu memberi kepercayaan sepenuhnya kepada seseorang tetapi dikhianati dengan sangat kejam.Walaupun situasi itu tidak menampakkan keadaan yang begitu teruk secara luaran.Tetapi memberikan kesan yang mendalam kepada dalaman seseorang terutamanya hati yang terluka.Hal ini membolehkan seseorang tu tidak percaya dan kurang yakin dengan seseorang atau sesebuah hubungan persahabatan dan hubungan kekeluargaan.

Saturday, 14 November 2015

Lalai

Assalamualaikum..

Hmmm..lalai..lalai..lalai..
Perkataan ni terngiang ngiang dalam fikiran aku..Aku rase macam ni sebab aku rase aku ni bodoh,sombong,x bersyukur..Aku rase aku ni semakin hari semakin lalai dengan dunia..Aku rase macam setiap tindakan dan perbuatan aku ni macam x de makna..

Aku rasa perangai aku dan sifat aku dah berubah..Aku rasa diri ni dah banyak lalai dengan dunia..Allah..Aku ni tak bersyukur dengan nikmat yang diberi.Aku dapat nikmat sihat,penglihatan elok,rezeki melimpah dan macam2 lagi..Kenapa aku lalai dengan semua benda dunia ni..

Memang la manusia ni selalu alpa..tapi kita sepatutnya berusaha mencari jalan kembali agar tidak terpesong jaoh..

Aku akan cuba perbaiki diri ini dan berusaha untuk terus mencari jalan kembali kepada Ilahi..In shaa Allah..

Cuti

Assalamualaikum..
Korang bila sebut je fasal cuti semua orang suke..aku pon suke jugak sebab tak perlu buat rutin harian macam selalu..

Sekarang ni aku tengah cuti lagi,cuti mid-sem.Hhaha..seronok dapat cuti seminggu, macam2 aku buat time cuti ni..Biala aku cerita kan siket..

Aku balik Perak,rumah aku hari jumaat minggu lepas dengan kawan aku dan kakak dia.Kawan aku ni duduk dekat dengan kampung aku ni.Kitorang naik kereta balik Perak.Kami bertolak pagi sampai perak dlm tengahari.Esoknya aku dengan mak aku berangkat ke Pahang pergi rumah akak aku.Hehehe sronok dapat jalan Pahang.hehe..Aku pergi pahang sebab nak jumpa akak aku dengan anak buah aku. Suami akak aku masok hospital sebab penapis buah pinggang dia bocor.Alhamdulillah sekarang dah keluar wad.Aku duduk pahang 4 hari je..sedih nak tinggalkan anak buah.huhu..kesian dia demam lepas aku dengan mak balik Perak.

Cuti ni jugak aku tak tau laa kenapa macam gian semacam je nak memasak..hahaha..tapi aku tak tau nak masak apa..tapi hehehe bile da dapat masak ni rase puas sangat.hehehe..Haa balik ni mak masakkan lauk kegemaran hehehe..lepas kempunan nak makan.Alhamdulillah..

Nak dekat habis dah cuti ni..lagi 2 hari.Tapi hari Ahad dah balik UKM..Kena tempoh hidup dan rutin harian sebagai pelajar.hehehehe..Tapi apa2 pon cuti ni memang seronok sebab dapat jumpa anak buah.hehe..Banyak aktiviti la buat cuti kali ni.x dela asik tido je..Manfaatkan masa yang ada..hehe

Tuesday, 10 November 2015

Panggilan

Assalamualaikum w.b.t..

Encik?? Cik?? Puan?? Tuan?? Datuk?? Datin?? Prof?? Dr??
Hmmm..Apa kita bakal atau sudah tergolong dalam kategori ini??

Aku selalu dengar buah mulut orang tentang panggilan yang digunakan tersalah.Contohnya, si polan ini berpangkat "Datuk" tetapi dipanggil "Encik".

Sikap dan sifat manusia berbagai-bagai seperti malas,tegas,rajin,bongkak dan sebagainya.Berbalik kepada panggilan ini.Berbagai nama panggilan yang digunakan untuk manusia yang berlainan usia dan darjat.Ada yang belajar sehingga Phd tapi berpakaian selekeh, ada yang mendapat gelaran Dato' dan sebagainya.

Contohnya suatu situasi dimana seseorang itu dimarahi kerana tersalah panggilan.Situasi ini mesti semua orang pernah merasa.Aku pun pernah merasa.Tapi dalam situasi ini, kita pun sebagai manusia mesti boleh berfikir dengan bernas samaada seseorang itu tersilap dan perbetukan secara baik bukannya menengking atau memarahi insan tersebut.Tetapi ada juga antara kita yang menganggap panggilan ini hanya biasa-biasa saja dan tidak kisah panggilan yang digunakan tersilap.

Kita manusia ni sebenarnya sama je disisi Allah,tetapi yang membezakan iman masing-masing.Tidak kiralah kita belajar sehingga Phd dan sebagainya.sekiranya ingin menggunakan pangkat yang diberi sebagai panggilan nama silakan,tetapi janganlah berlaku biadap terhadap orang lain yang tidak ketahui panggilan kita.Hormatilah sesama kita.


Nafsu


Seorang insan wanita yang bernama Anisa berceloteh sendirian.
Hmmm..Semua orang kata aku tak cantik, aku buruk, aku selekeh. Apa aku ini memang tak cantik ke??Sedangkan ciptaan Allah semua cantik..Ermmm..Ahhh biarlah apa orang nak kata.Tapi apa yang penting aku bahagia..Tapi kenapa bila aku jumpa saja dengan orang yang baru aku kenal, semua asyik mengata aku tak cantik..Aku mesti buktikan aku cantik pada mereka semua.


Bila lah aku boleh cantik dan terkenal macam si polan.

Beberapa tahun kemudian, Anisa sudah menukar penampilannya.
Sukanya aku, semua orang asyik memuji aku cantik, manis dipandang, comel orangnya..Hehehehe..Sukanya.Kalau begini aku harus dapatkan banyak lagi pujian daripada orang ramai.Baru lah aku ni terkenal macam si polan.Aku kena lagi cantik dari dia..

Anisa mengambil tindakan untuk membuat pembedahan plastik tanpa berfikir panjang.Dia melakukan ini semua hanya kerana keinginannya untuk menjadi cantik.


Situasi diatas menggambarkan nafsu ,hawa dan syahwat seorang wanita yang dahagakan pujian orang ke atas kecantikan luaran.

Korang semua tahu tak, sebenarnya nafsu,hawa dan syahwat ni sama je.Cuma yang bezanya ejaan dan perkataan tu..hehe

Nafsu ini ialah sejenis makhluk spesies ROHANI yang menyelinap dalam diri kita tanpa dapat dikesan melalui ilmu muamalat.Nafsu ini telah dipasang dalam diri kita sejak kita berada dalam perut ibu iaitu pada usia kandungan 4 bulan.

Hawa ialah sifat atau tabiat nafsu yang berfungsi mendorong jasad yang inginkan dan amat suka kepada perhiasan dunia dan keindahannya.Seperti yang boleh dikaitkan dengan situasi di atas, Anisa yang inginkan kecantikan fizikalnya dan pujian daripa orang ramai.

Syahwat ialah dimana suatu keadaan nafsu dan hawa ini semakin mengganas dan melampaui batas normal.Syahwat telah mengambil alih pentadbiran nafsu dan manusia akan menjadi gila dan obses luar biasa terhadap keinginannya.Syahwat dapat dikaitkan dengan situasi diatas dengan adegan Anisa yang mengambil langkah membuat pembedahan plastik untuk menjadi terkenal dan cantik.

Cubalah mengawal dan menguruskan NAFSU, HAWA DAN SYAHWAT anda.
Terima kasih kerana membaca..

Monday, 2 November 2015

Biro Keusahawanan

Assalamualaikum semua..

Debaran kian terasa..haha..cewahh..haahaha..Aku terpilih untuk jadi ahli Biro Keusahawanan Kolej Aminuddin Baki..Biro aku ni memang biro yang paling aktif la di KAB dan sebelum2 ni memang menang sebagai biro terbaik..Aku harapkan tahun ni kitorang dapat kekalkan gelaran Biro Keusahawanan sebagai biro terbaik..Biro aku ni kena kelola 2 program besar..Program Hari Keusahawana Kolej Aminuddin Baki dan Program NYES.

Hari Keusahawanan KAB ni x lama je lagi pada 23-26/11 ni.Dalam masa 3 minggu lagi.dah tolak cuti semua tinggal la 2 minggu je..Debaran tu memang terasa laa..lagi2 aku ni..aku jawat jawatan sebagai Pengarah Program untuk program ni..Jadi kenala pastikan segala tentatif untuk program tersedia..In shaa Allah program ni berjalan lancar..

Program NYES ni pula salah satu program besar UKM yang KAB kelola..NYES ni bawah kelolaan gabungan 3 biro di KAB.NYES ni akan berjalan waktu aku sem2 nanti..Tapi sekarang ni perancangan sedang dibuat..Nasib laa aku belum terlibat lagi dalam perbincangan perancangan NYES ni..mt je yang terlibat.

Semoga dipermudah urusan kami..


Makanan

Assalamualaikum semua..
Sudah makan??..Haa harini nak cerita fasal makanan kegemaran aku..

Makanan kegemaran aku "Gulai Ayam Daun Limau Purut"


Haa..ni haa gulainya..Rindunya nak makan masakan mak..
Setiap kali bila balik rumah mesti suruh mak masak gulai ni,sebab kempunan nak makan.Di UKM ni belum jumpa lagi laa yang jual gulai ni..Tapi kalau ada pun x sehebat air tangan mak aku.hehe..

Gulai ni nak tau ap jenis gulainye dari jauh pon tau dah..Sebab bau daun limau purut tu memang menusuk wanginye ke hidung..

Hmmm..alangkah seronoknya dapat makan gulai ni waktu2 macam ni..Kalau dekat rumah dalam 3 ke 4 kali la dok ulang makan masakan ni..Memang orang kata macam kemaruk je.haha..Bila dapat makan memang x ingt apa laa,dok ingat nak pelahap habis ja.hahaha..

Ada la jugak belaja nak masak lauk ni tapi x sesedap masakan mak..Lagi satu lauk ni guna santan.Tapi kalau nak guna susu rasa dia akan kurang sikit laa bagi aku laa..Tapi guna susu lagi sihat..hehe..Amalkan gaya hidup sihat..X sabar nak balik nak mintak mak masakkan gulai ni..Nak jamah puas2 balik ni..hehehe..