Assalamualaikum w.b.t..
Encik?? Cik?? Puan?? Tuan?? Datuk?? Datin?? Prof?? Dr??
Hmmm..Apa kita bakal atau sudah tergolong dalam kategori ini??
Aku selalu dengar buah mulut orang tentang panggilan yang digunakan tersalah.Contohnya, si polan ini berpangkat "Datuk" tetapi dipanggil "Encik".
Sikap dan sifat manusia berbagai-bagai seperti malas,tegas,rajin,bongkak dan sebagainya.Berbalik kepada panggilan ini.Berbagai nama panggilan yang digunakan untuk manusia yang berlainan usia dan darjat.Ada yang belajar sehingga Phd tapi berpakaian selekeh, ada yang mendapat gelaran Dato' dan sebagainya.
Contohnya suatu situasi dimana seseorang itu dimarahi kerana tersalah panggilan.Situasi ini mesti semua orang pernah merasa.Aku pun pernah merasa.Tapi dalam situasi ini, kita pun sebagai manusia mesti boleh berfikir dengan bernas samaada seseorang itu tersilap dan perbetukan secara baik bukannya menengking atau memarahi insan tersebut.Tetapi ada juga antara kita yang menganggap panggilan ini hanya biasa-biasa saja dan tidak kisah panggilan yang digunakan tersilap.
Kita manusia ni sebenarnya sama je disisi Allah,tetapi yang membezakan iman masing-masing.Tidak kiralah kita belajar sehingga Phd dan sebagainya.sekiranya ingin menggunakan pangkat yang diberi sebagai panggilan nama silakan,tetapi janganlah berlaku biadap terhadap orang lain yang tidak ketahui panggilan kita.Hormatilah sesama kita.
No comments:
Post a Comment