Seorang insan wanita yang bernama Anisa berceloteh sendirian.
Hmmm..Semua orang kata aku tak cantik, aku buruk, aku selekeh. Apa aku ini memang tak cantik ke??Sedangkan ciptaan Allah semua cantik..Ermmm..Ahhh biarlah apa orang nak kata.Tapi apa yang penting aku bahagia..Tapi kenapa bila aku jumpa saja dengan orang yang baru aku kenal, semua asyik mengata aku tak cantik..Aku mesti buktikan aku cantik pada mereka semua.
Bila lah aku boleh cantik dan terkenal macam si polan.
Beberapa tahun kemudian, Anisa sudah menukar penampilannya.
Sukanya aku, semua orang asyik memuji aku cantik, manis dipandang, comel orangnya..Hehehehe..Sukanya.Kalau begini aku harus dapatkan banyak lagi pujian daripada orang ramai.Baru lah aku ni terkenal macam si polan.Aku kena lagi cantik dari dia..
Anisa mengambil tindakan untuk membuat pembedahan plastik tanpa berfikir panjang.Dia melakukan ini semua hanya kerana keinginannya untuk menjadi cantik.
Situasi diatas menggambarkan nafsu ,hawa dan syahwat seorang wanita yang dahagakan pujian orang ke atas kecantikan luaran.
Korang semua tahu tak, sebenarnya nafsu,hawa dan syahwat ni sama je.Cuma yang bezanya ejaan dan perkataan tu..hehe
Nafsu ini ialah sejenis makhluk spesies ROHANI yang menyelinap dalam diri kita tanpa dapat dikesan melalui ilmu muamalat.Nafsu ini telah dipasang dalam diri kita sejak kita berada dalam perut ibu iaitu pada usia kandungan 4 bulan.
Hawa ialah sifat atau tabiat nafsu yang berfungsi mendorong jasad yang inginkan dan amat suka kepada perhiasan dunia dan keindahannya.Seperti yang boleh dikaitkan dengan situasi di atas, Anisa yang inginkan kecantikan fizikalnya dan pujian daripa orang ramai.
Syahwat ialah dimana suatu keadaan nafsu dan hawa ini semakin mengganas dan melampaui batas normal.Syahwat telah mengambil alih pentadbiran nafsu dan manusia akan menjadi gila dan obses luar biasa terhadap keinginannya.Syahwat dapat dikaitkan dengan situasi diatas dengan adegan Anisa yang mengambil langkah membuat pembedahan plastik untuk menjadi terkenal dan cantik.
Cubalah mengawal dan menguruskan NAFSU, HAWA DAN SYAHWAT anda.
Terima kasih kerana membaca..
No comments:
Post a Comment