Tuesday, 15 December 2015

Pesaing saya adalah saya..

Assalamualaikum w.b.t

"Pesaing saya adalah saya" adalah satu kata semangat yang selalu aku gunakan untuk diri aku..Tanggungjawab yang aku pikul sebagai seorang pelajar sering membuatkan aku rasa tekanan dan rasa tidak mampu untuk hadapinya..Kadang kala merasakan diri ini lemah dan takut untuk memikul tanggungjawab yang besar...Tetapi sebagai seorang insan yang inginkan kejayaan dan kebahagiaan untuk masa akan datang aku perlu menjalankan tanggungjawab ini..

Pernah aku menagis kerana merasa terbeban dengan apa yang aku hadapi..Aku merasa aku tidak mampu melaksanakan masalah yang aku hadapi..Aku cuba untuk tidak jadi cengeng dan aku bangkit kembali dengan pengangan hidup aku..

Walaupun ramai orang disekeliling aku yang lebih hebat dan lebih tabah dari aku yang merupakan pesaing aku tetapi pesaing terbesar aku adalah diri aku..Aku yang dulunya tidak cuba untuk memecahkan

Lumrah kehidupan

Sering kali aku menangis dan kadangkala tertawa mengenangkan episod kehidupan aku yang lampau dan sekarang..Pelbagai rintangan, cabaran, dugaan, kesedihan, kegembiraan dan kejayaan yang aku perolehi..

Sering kali aku merasa marah dan benci dengan perbuatan dan karenah aku yang membawa kepada keburukan..Amarah yang ku rasakan timbul dalam diri aku tidak dapat dikawal.Aku yang kurang mengawal amarah aku menyebabkan tercetusnya perkara-perkara yang tidak baik terhadap diri aku.

Sering kali aku terdiam dan terhenti sejenak memuhasabah diri.Diri ini yang tidak lepas dari dosa dan kesalahan kadangkala alpa dengan nikmat yang dikurniakan.Kemana aku laburkan dan kemana kebajikan yang aku lakukan ke atas nikmat ini.

Sering kali aku gembira dan tersenyum sinis keseorangan memikirkan pengalaman dan kenangan manis kehidupan aku.Kejayaan yang aku kecapi aku jadikan sebagai pengubat luka kepada kejatuhan aku di dalam kehidupan..

Sering kali aku mencari-cari dimana sinar kehidupan ini.Membuatkan aku mencari dan  terus mencari dari dahulu hingga kini..Mungkin aku pernah bertemu dengan sinar kehidupan ini tetapi sinar kehidupan tidak selalunya menyinari kehidupan ini.Sinar kehidupan ini diselangi dengan kedukaan, tangisan, kejatuhan, kebangkitan, kejayaan, dan kegembiraan..

Inilah lumrah kehidupan...