Epilog adalah satu pengakhiran bagi sebuah drama atau novel.Epilog bukan sahaja terdapat dalam novel dan drama tetapi epilog juga merupakan pengakhiran bagi kehidupan kita..Epilog selalunya membuatkan seseorang itu tidak perasan tentang epilog sesuatu keadaan itu.Kerana kehidupan ini sentiasa berterusan dan berlalu seperti air yang mengalir.
Terasa singkat masa dan waktu berjalan..Pejam celik pejam celik sudah hampir habis aku menjalani semester 1 bagi tahun 1 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).Kini baru aku sedar yang banyak pengalaman baru dan perubahan yang aku alami pada diri aku sepanjang 3 bulan ini.
Pengalaman yang aku timba dari sudut ilmiah dan insaniah yang banyak mengubah dan menambah pengetahuan aku.Rintangan yang aku hadapi banyak mengajar aku erti bersyukur dan tabah.
No comments:
Post a Comment