Prolog merupakan permulaan atau pendahuluan atau merupakan bahagian pertama bagi sesebuah peristiwa.Setiap kali ada prolog mesti ada epilog kerana tidak lengkap sesebuah cerita atau peristiwa itu sekiranya tiada pasangan ini.
Kehidupan aku sebagai mahasiswa di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bermula setelah aku pertama kali menjejakkan kaki di UKM.Terasa gentar dan tidak bersedia untuk menjalani kehidupan di universiti yang sering digambarkan dalam keadaan yang tidak mementu oleh senior-senior aku.
Tetapi apa kan daya kehidupan perlu diteruskan kerana aku memilih untuk menjalani fasa kehidupan mahasiswa.Sem 1 bagi tahun 1 bermula dengan agak tidak begitu lancar kerana aku dan kawan aku bagaikan rusa masuk kampung.Kami tidak mengetahui apa yang perlu dan patut dilakukan.
Alhamdulillah setelah proses mendaftar subjek dan mengetahui perjalanan dan rutin harian telah lancar, aku dan rakan menempuh kehidupan baru iaitu kehidupan sebagai mahasiswa.
No comments:
Post a Comment