Monday, 7 December 2015

M : Masalah

Assalamualaikum w.b.t semua..

Semua manusia dijadikan untuk diuji..Semua manusia mesti menghadapi masalah..Tak kira la masalah tu besar atau kecil, rumit atau tak..Manusia diuji untuk melihat mereka mampu atau tak mampu untuk hadapi masalah yang dihadapi dan bersedia atau tidak untuk hadapi masalah yang dihadapi..

Masalah boleh diselesaikan dengan mudah sekiranya seseorang yang menghadapi kesulitan itu tabah dan tahu bagaimana dia perlu menghadapi dan menyelesaikan masalahnya..Masalah ini selalu membawa seseorang itu kejalan buntu sehinggakan  mereka mengambil jalan keluar bagi masalah yang dihadapi dengan penyelesaian yang salah seperti membunuh diri dengan menggantung diri dan sebagainya dan memindahkan beban masalah kepada orang lain.

Masalah juga ada kalanya mengambil masa bertahun-tahun untuk diselesaikan.Contohnya masalah rumah tangga, masalah persahabatan, masalah ekonomi dan masalah kewangan.Setiap individu iaitu pekerja, pelajar, ahli keluarga mungkin menghadapai masalah yang sama tetapi berbeza mengikut pangkat dan had umur masing-masing.

Akhir kata, walau apa pun masalah yang anda hadapi, cuba hadapinya dengan tabah dan sabar. Ambillah jalan penyelesaian yang terbaik..

" Enj0y Y0ur LiFe WitH sMile & KEep Str0ng "

No comments:

Post a Comment