Assalamualaikum w.b.t
"Pesaing saya adalah saya" adalah satu kata semangat yang selalu aku gunakan untuk diri aku..Tanggungjawab yang aku pikul sebagai seorang pelajar sering membuatkan aku rasa tekanan dan rasa tidak mampu untuk hadapinya..Kadang kala merasakan diri ini lemah dan takut untuk memikul tanggungjawab yang besar...Tetapi sebagai seorang insan yang inginkan kejayaan dan kebahagiaan untuk masa akan datang aku perlu menjalankan tanggungjawab ini..
Pernah aku menagis kerana merasa terbeban dengan apa yang aku hadapi..Aku merasa aku tidak mampu melaksanakan masalah yang aku hadapi..Aku cuba untuk tidak jadi cengeng dan aku bangkit kembali dengan pengangan hidup aku..
Walaupun ramai orang disekeliling aku yang lebih hebat dan lebih tabah dari aku yang merupakan pesaing aku tetapi pesaing terbesar aku adalah diri aku..Aku yang dulunya tidak cuba untuk memecahkan
Tuesday, 15 December 2015
Lumrah kehidupan
Sering kali aku menangis dan kadangkala tertawa mengenangkan episod kehidupan aku yang lampau dan sekarang..Pelbagai rintangan, cabaran, dugaan, kesedihan, kegembiraan dan kejayaan yang aku perolehi..
Sering kali aku merasa marah dan benci dengan perbuatan dan karenah aku yang membawa kepada keburukan..Amarah yang ku rasakan timbul dalam diri aku tidak dapat dikawal.Aku yang kurang mengawal amarah aku menyebabkan tercetusnya perkara-perkara yang tidak baik terhadap diri aku.
Sering kali aku terdiam dan terhenti sejenak memuhasabah diri.Diri ini yang tidak lepas dari dosa dan kesalahan kadangkala alpa dengan nikmat yang dikurniakan.Kemana aku laburkan dan kemana kebajikan yang aku lakukan ke atas nikmat ini.
Sering kali aku gembira dan tersenyum sinis keseorangan memikirkan pengalaman dan kenangan manis kehidupan aku.Kejayaan yang aku kecapi aku jadikan sebagai pengubat luka kepada kejatuhan aku di dalam kehidupan..
Sering kali aku mencari-cari dimana sinar kehidupan ini.Membuatkan aku mencari dan terus mencari dari dahulu hingga kini..Mungkin aku pernah bertemu dengan sinar kehidupan ini tetapi sinar kehidupan tidak selalunya menyinari kehidupan ini.Sinar kehidupan ini diselangi dengan kedukaan, tangisan, kejatuhan, kebangkitan, kejayaan, dan kegembiraan..
Inilah lumrah kehidupan...

Prolog
Prolog merupakan permulaan atau pendahuluan atau merupakan bahagian pertama bagi sesebuah peristiwa.Setiap kali ada prolog mesti ada epilog kerana tidak lengkap sesebuah cerita atau peristiwa itu sekiranya tiada pasangan ini.
Kehidupan aku sebagai mahasiswa di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bermula setelah aku pertama kali menjejakkan kaki di UKM.Terasa gentar dan tidak bersedia untuk menjalani kehidupan di universiti yang sering digambarkan dalam keadaan yang tidak mementu oleh senior-senior aku.
Tetapi apa kan daya kehidupan perlu diteruskan kerana aku memilih untuk menjalani fasa kehidupan mahasiswa.Sem 1 bagi tahun 1 bermula dengan agak tidak begitu lancar kerana aku dan kawan aku bagaikan rusa masuk kampung.Kami tidak mengetahui apa yang perlu dan patut dilakukan.
Alhamdulillah setelah proses mendaftar subjek dan mengetahui perjalanan dan rutin harian telah lancar, aku dan rakan menempuh kehidupan baru iaitu kehidupan sebagai mahasiswa.

Epilog
Epilog adalah satu pengakhiran bagi sebuah drama atau novel.Epilog bukan sahaja terdapat dalam novel dan drama tetapi epilog juga merupakan pengakhiran bagi kehidupan kita..Epilog selalunya membuatkan seseorang itu tidak perasan tentang epilog sesuatu keadaan itu.Kerana kehidupan ini sentiasa berterusan dan berlalu seperti air yang mengalir.
Terasa singkat masa dan waktu berjalan..Pejam celik pejam celik sudah hampir habis aku menjalani semester 1 bagi tahun 1 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).Kini baru aku sedar yang banyak pengalaman baru dan perubahan yang aku alami pada diri aku sepanjang 3 bulan ini.
Pengalaman yang aku timba dari sudut ilmiah dan insaniah yang banyak mengubah dan menambah pengetahuan aku.Rintangan yang aku hadapi banyak mengajar aku erti bersyukur dan tabah.

Gambaran pertama
Assalamualaikum w.b.t.
Semua orang mengalami fenomena dimana mereka dinilai oleh orang yang tidak mengenali mereka atau pertama kali berjumpa,termasuklah diri aku..
Aku hanya seorang insan yang kadang kala perwatakan aku tak menentu..Tapi..orang yang baru jumpe aku dan tak kenal dengan aku selalu cakap aku ni baik la, pendiam, nampak sopan je..Aku rase dyeorang cakap macam tu mungkin dari pemakaian aku.Haha..
Tapi sebenarnya aku ni bukanla macam apa yang dikatakan oleh insan-insan yang baru je berkenalan dengan aku..Aku ni jenis yang kasar, peramah, kuat mengusik dan nakal..Gambaran pertama ni selalunye menampakkan diri seseorang tu baik.Maklumlah bila kita di tempat baru dan dengan orang yang baru mesti kita akan rasa janggal dan asing..Sebab tulah gambaran pertama tantang diri kita baik-baik belaka..Tapi kalau dah lama kenal memang perangai sebenar keluar laa..
-Be yourself-

Monday, 7 December 2015
M : Masalah
Assalamualaikum w.b.t semua..
Semua manusia dijadikan untuk diuji..Semua manusia mesti menghadapi masalah..Tak kira la masalah tu besar atau kecil, rumit atau tak..Manusia diuji untuk melihat mereka mampu atau tak mampu untuk hadapi masalah yang dihadapi dan bersedia atau tidak untuk hadapi masalah yang dihadapi..
Masalah boleh diselesaikan dengan mudah sekiranya seseorang yang menghadapi kesulitan itu tabah dan tahu bagaimana dia perlu menghadapi dan menyelesaikan masalahnya..Masalah ini selalu membawa seseorang itu kejalan buntu sehinggakan mereka mengambil jalan keluar bagi masalah yang dihadapi dengan penyelesaian yang salah seperti membunuh diri dengan menggantung diri dan sebagainya dan memindahkan beban masalah kepada orang lain.
Masalah juga ada kalanya mengambil masa bertahun-tahun untuk diselesaikan.Contohnya masalah rumah tangga, masalah persahabatan, masalah ekonomi dan masalah kewangan.Setiap individu iaitu pekerja, pelajar, ahli keluarga mungkin menghadapai masalah yang sama tetapi berbeza mengikut pangkat dan had umur masing-masing.
Akhir kata, walau apa pun masalah yang anda hadapi, cuba hadapinya dengan tabah dan sabar. Ambillah jalan penyelesaian yang terbaik..
" Enj0y Y0ur LiFe WitH sMile & KEep Str0ng "

Monday, 30 November 2015
α keertian..
Assalamualaikum semua..
Kali ini tajuk blog ni menyusahkan aku..sebab aku x pilih alphabet yang 26 tu..haha..jadi aku kena pilih simbol apa yang ada untuk tajok blog kali ini..jadi aku pon pilih laa simbol "α" alpha ni..Aku dapat idea untuk tulis pasal simbol ni sebab subjek statistik..
Dalam subjek statistik simbol ni digunakan untuk tentukan aras keertian bagi sesuatu pemboleh ubah samaada pemboleh ubah tu diskrit atau selanjar.Aras keertian ni α adalah peratusan bagi 100% ditolak dengan aras keyakinan(%).
Alpha α ada juga digunakan dalam formula untuk matematik tambahan iaitu fungsian logarithm.Seronok bila ada formula yang guna simbol alpha sebab simbol dia comel je.hehe..dah melalut dah..ni je untuk alpha "α" keertian ini..
Minggu Keusahawanan
Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah Minggu Keusahawanan telah selesai dengan jayanya..
Perasaan yang x dapat digambarkan setelah selesainya Minggu Keusahawanan kerana segala usaha dan penat lelah serta kerjasama antara ahli Biro Pembangunan Keusahawanan membuahkan hasil yang memuaskan.Banyak pujian dan reaksi serta komen yang baik dilemparkan kepada kami sebagai Biro Pembangunan Keusahawanan kerana program ni lebih meriah daripada tahun sebelumnya..
Saya juga merasa bangga dan terharu kerana berjaya membantu memastikan kelancaran program berjalan dengan jayanya.Rakan sejawat saya juga turut bangga dengan kejayaan kami..Felo penasihat dan Majlis Eksekutif Pelajar yang turut membimbing kami berasa gembira dengan kejayaan kami..
Alahamdulillah tidak sia-sia usaha kami selama ini..Habis je program ni dapatlah rasa kebebasan dan rilek siket..Tapi lepas ni ada lagi program yang lebih besar akak kami kelolakan..dan kami harapkan dapat menjalankan program peringkat Asean pada sem 2 dengan jayanya..In shaa Allah..^_^

Monday, 23 November 2015
Masa
Assalamualaikum wbt
Masa ini sangat singkat.Masa ini memerlukan banyak pembahagian..Masa ini mempunyai banyak keperluan..
Kehidupan sebagai pelajar perlu diuruskan dengan baik..Aku seorang pelajar,jadi aku memerlukan masa yang banyak untuk memperuntukkan dan mempraktikkan apa yang perlu dibuat dan diuruskan..
Contohnya masa untuk belajar, makan, tidur dan riadah..
Aku susah untuk uruskan masa yang ada untuk semua aktiviti yang perlu aku lakukan,tetapi aku cuba untuk bahagikan..Cuma kadang-kadang aku tersalah langkah..Aku menumpukan perhatian terhadap satu kerja pada suatu masa dan mengabaikan yang lain.
Masa sekarang makin singkat..pejam celik pejam celik dah seminggu kuliah.Sekarang ni dah masuk minggu ke 11 kuliah..Kejap je lagi nak habis sem 1.
Masa sangat berharga,uruskan masa dengan sebaiknya..

Tikam
Assalamualaikum w.b.t
"TIKAM" suatu perkataan yang pedih dan perit untuk digambarkan..Perkataan yang boleh dikatakan sangat kejam..Tikam ini boleh jadi merupakan dua situasi yang boleh menimpulkan prasangka, kemarahan, keburukan dan sebagainya.
Tikam ini boleh menjadi suatu situasi dimana seseorang dibunuh dengan ditikam..Hilang perikemanusiaan seseorang inssan itu apabila telah dirasuk diri dengan perkara ini..
Tikam juga boleh menjadi suatu situasi dimana seseorang itu memberi kepercayaan sepenuhnya kepada seseorang tetapi dikhianati dengan sangat kejam.Walaupun situasi itu tidak menampakkan keadaan yang begitu teruk secara luaran.Tetapi memberikan kesan yang mendalam kepada dalaman seseorang terutamanya hati yang terluka.Hal ini membolehkan seseorang tu tidak percaya dan kurang yakin dengan seseorang atau sesebuah hubungan persahabatan dan hubungan kekeluargaan.

Saturday, 14 November 2015
Lalai
Assalamualaikum..
Hmmm..lalai..lalai..lalai..
Perkataan ni terngiang ngiang dalam fikiran aku..Aku rase macam ni sebab aku rase aku ni bodoh,sombong,x bersyukur..Aku rase aku ni semakin hari semakin lalai dengan dunia..Aku rase macam setiap tindakan dan perbuatan aku ni macam x de makna..
Aku rasa perangai aku dan sifat aku dah berubah..Aku rasa diri ni dah banyak lalai dengan dunia..Allah..Aku ni tak bersyukur dengan nikmat yang diberi.Aku dapat nikmat sihat,penglihatan elok,rezeki melimpah dan macam2 lagi..Kenapa aku lalai dengan semua benda dunia ni..
Memang la manusia ni selalu alpa..tapi kita sepatutnya berusaha mencari jalan kembali agar tidak terpesong jaoh..
Aku akan cuba perbaiki diri ini dan berusaha untuk terus mencari jalan kembali kepada Ilahi..In shaa Allah..
Cuti
Assalamualaikum..
Korang bila sebut je fasal cuti semua orang suke..aku pon suke jugak sebab tak perlu buat rutin harian macam selalu..
Sekarang ni aku tengah cuti lagi,cuti mid-sem.Hhaha..seronok dapat cuti seminggu, macam2 aku buat time cuti ni..Biala aku cerita kan siket..
Aku balik Perak,rumah aku hari jumaat minggu lepas dengan kawan aku dan kakak dia.Kawan aku ni duduk dekat dengan kampung aku ni.Kitorang naik kereta balik Perak.Kami bertolak pagi sampai perak dlm tengahari.Esoknya aku dengan mak aku berangkat ke Pahang pergi rumah akak aku.Hehehe sronok dapat jalan Pahang.hehe..Aku pergi pahang sebab nak jumpa akak aku dengan anak buah aku. Suami akak aku masok hospital sebab penapis buah pinggang dia bocor.Alhamdulillah sekarang dah keluar wad.Aku duduk pahang 4 hari je..sedih nak tinggalkan anak buah.huhu..kesian dia demam lepas aku dengan mak balik Perak.
Cuti ni jugak aku tak tau laa kenapa macam gian semacam je nak memasak..hahaha..tapi aku tak tau nak masak apa..tapi hehehe bile da dapat masak ni rase puas sangat.hehehe..Haa balik ni mak masakkan lauk kegemaran hehehe..lepas kempunan nak makan.Alhamdulillah..
Nak dekat habis dah cuti ni..lagi 2 hari.Tapi hari Ahad dah balik UKM..Kena tempoh hidup dan rutin harian sebagai pelajar.hehehehe..Tapi apa2 pon cuti ni memang seronok sebab dapat jumpa anak buah.hehe..Banyak aktiviti la buat cuti kali ni.x dela asik tido je..Manfaatkan masa yang ada..hehe

Tuesday, 10 November 2015
Panggilan
Assalamualaikum w.b.t..
Encik?? Cik?? Puan?? Tuan?? Datuk?? Datin?? Prof?? Dr??
Hmmm..Apa kita bakal atau sudah tergolong dalam kategori ini??
Aku selalu dengar buah mulut orang tentang panggilan yang digunakan tersalah.Contohnya, si polan ini berpangkat "Datuk" tetapi dipanggil "Encik".
Sikap dan sifat manusia berbagai-bagai seperti malas,tegas,rajin,bongkak dan sebagainya.Berbalik kepada panggilan ini.Berbagai nama panggilan yang digunakan untuk manusia yang berlainan usia dan darjat.Ada yang belajar sehingga Phd tapi berpakaian selekeh, ada yang mendapat gelaran Dato' dan sebagainya.
Contohnya suatu situasi dimana seseorang itu dimarahi kerana tersalah panggilan.Situasi ini mesti semua orang pernah merasa.Aku pun pernah merasa.Tapi dalam situasi ini, kita pun sebagai manusia mesti boleh berfikir dengan bernas samaada seseorang itu tersilap dan perbetukan secara baik bukannya menengking atau memarahi insan tersebut.Tetapi ada juga antara kita yang menganggap panggilan ini hanya biasa-biasa saja dan tidak kisah panggilan yang digunakan tersilap.
Kita manusia ni sebenarnya sama je disisi Allah,tetapi yang membezakan iman masing-masing.Tidak kiralah kita belajar sehingga Phd dan sebagainya.sekiranya ingin menggunakan pangkat yang diberi sebagai panggilan nama silakan,tetapi janganlah berlaku biadap terhadap orang lain yang tidak ketahui panggilan kita.Hormatilah sesama kita.
Nafsu
Seorang insan wanita yang bernama Anisa berceloteh sendirian.
Hmmm..Semua orang kata aku tak cantik, aku buruk, aku selekeh. Apa aku ini memang tak cantik ke??Sedangkan ciptaan Allah semua cantik..Ermmm..Ahhh biarlah apa orang nak kata.Tapi apa yang penting aku bahagia..Tapi kenapa bila aku jumpa saja dengan orang yang baru aku kenal, semua asyik mengata aku tak cantik..Aku mesti buktikan aku cantik pada mereka semua.
Bila lah aku boleh cantik dan terkenal macam si polan.
Beberapa tahun kemudian, Anisa sudah menukar penampilannya.
Sukanya aku, semua orang asyik memuji aku cantik, manis dipandang, comel orangnya..Hehehehe..Sukanya.Kalau begini aku harus dapatkan banyak lagi pujian daripada orang ramai.Baru lah aku ni terkenal macam si polan.Aku kena lagi cantik dari dia..
Anisa mengambil tindakan untuk membuat pembedahan plastik tanpa berfikir panjang.Dia melakukan ini semua hanya kerana keinginannya untuk menjadi cantik.
Situasi diatas menggambarkan nafsu ,hawa dan syahwat seorang wanita yang dahagakan pujian orang ke atas kecantikan luaran.
Korang semua tahu tak, sebenarnya nafsu,hawa dan syahwat ni sama je.Cuma yang bezanya ejaan dan perkataan tu..hehe
Nafsu ini ialah sejenis makhluk spesies ROHANI yang menyelinap dalam diri kita tanpa dapat dikesan melalui ilmu muamalat.Nafsu ini telah dipasang dalam diri kita sejak kita berada dalam perut ibu iaitu pada usia kandungan 4 bulan.
Hawa ialah sifat atau tabiat nafsu yang berfungsi mendorong jasad yang inginkan dan amat suka kepada perhiasan dunia dan keindahannya.Seperti yang boleh dikaitkan dengan situasi di atas, Anisa yang inginkan kecantikan fizikalnya dan pujian daripa orang ramai.
Syahwat ialah dimana suatu keadaan nafsu dan hawa ini semakin mengganas dan melampaui batas normal.Syahwat telah mengambil alih pentadbiran nafsu dan manusia akan menjadi gila dan obses luar biasa terhadap keinginannya.Syahwat dapat dikaitkan dengan situasi diatas dengan adegan Anisa yang mengambil langkah membuat pembedahan plastik untuk menjadi terkenal dan cantik.
Cubalah mengawal dan menguruskan NAFSU, HAWA DAN SYAHWAT anda.
Terima kasih kerana membaca..
Monday, 2 November 2015
Biro Keusahawanan
Assalamualaikum semua..
Debaran kian terasa..haha..cewahh..haahaha..Aku terpilih untuk jadi ahli Biro Keusahawanan Kolej Aminuddin Baki..Biro aku ni memang biro yang paling aktif la di KAB dan sebelum2 ni memang menang sebagai biro terbaik..Aku harapkan tahun ni kitorang dapat kekalkan gelaran Biro Keusahawanan sebagai biro terbaik..Biro aku ni kena kelola 2 program besar..Program Hari Keusahawana Kolej Aminuddin Baki dan Program NYES.
Hari Keusahawanan KAB ni x lama je lagi pada 23-26/11 ni.Dalam masa 3 minggu lagi.dah tolak cuti semua tinggal la 2 minggu je..Debaran tu memang terasa laa..lagi2 aku ni..aku jawat jawatan sebagai Pengarah Program untuk program ni..Jadi kenala pastikan segala tentatif untuk program tersedia..In shaa Allah program ni berjalan lancar..
Program NYES ni pula salah satu program besar UKM yang KAB kelola..NYES ni bawah kelolaan gabungan 3 biro di KAB.NYES ni akan berjalan waktu aku sem2 nanti..Tapi sekarang ni perancangan sedang dibuat..Nasib laa aku belum terlibat lagi dalam perbincangan perancangan NYES ni..mt je yang terlibat.
Semoga dipermudah urusan kami..
Makanan
Assalamualaikum semua..
Sudah makan??..Haa harini nak cerita fasal makanan kegemaran aku..
Makanan kegemaran aku "Gulai Ayam Daun Limau Purut"

Haa..ni haa gulainya..Rindunya nak makan masakan mak..
Setiap kali bila balik rumah mesti suruh mak masak gulai ni,sebab kempunan nak makan.Di UKM ni belum jumpa lagi laa yang jual gulai ni..Tapi kalau ada pun x sehebat air tangan mak aku.hehe..
Gulai ni nak tau ap jenis gulainye dari jauh pon tau dah..Sebab bau daun limau purut tu memang menusuk wanginye ke hidung..
Hmmm..alangkah seronoknya dapat makan gulai ni waktu2 macam ni..Kalau dekat rumah dalam 3 ke 4 kali la dok ulang makan masakan ni..Memang orang kata macam kemaruk je.haha..Bila dapat makan memang x ingt apa laa,dok ingat nak pelahap habis ja.hahaha..
Ada la jugak belaja nak masak lauk ni tapi x sesedap masakan mak..Lagi satu lauk ni guna santan.Tapi kalau nak guna susu rasa dia akan kurang sikit laa bagi aku laa..Tapi guna susu lagi sihat..hehe..Amalkan gaya hidup sihat..X sabar nak balik nak mintak mak masakkan gulai ni..Nak jamah puas2 balik ni..hehehe..
Monday, 26 October 2015
PTPTN
Hai semua..Assalamualaikum..
Bila cakap pasal PTPTN mesti dikaitkan dengan student u..tapi ramai yang dok kata jangan la amik PTPTN..sbb kita x tau lagi kedepan hidup kita macam mana..ada keja ke menganggur ke, dan buat tambah hutang je..
Baru2 ni orang PTPTN datang UKM untuk perjanjian pinjaman..dekat u lain dah lama dah buat benda ni.tp UKM ni lambat..budak2 u lain ad yang dah guna duit PTPTN tu nak dekat habis dah..yang budak UKM ni tengok jelaa mereka berbelanja.hahaha..
Pendaftaran PTPTN ni mula pkul 8 pg..tapi kalau pegi 8 pg tu memang lama la nak tunggu..sebab barisan dah panjang..students dok tunggu dari awal2 pagi lagi..dalam pkul 7 pg macam tu dah ad yang dok beratur..memang student sanggup beratur lama2 untuk PTPTN.sbb x semua orang senang..jadi untuk belajar perlukan kewangan yang stabil untuk yuran, buku, belanja dan macam2 lagi laa..jadi yang amik PTPTN tu bijakla berbelanja bila dah dapat duit..jangan dapat duit terus habiskan..
Sesal
Assalamualaikum w.b.t semua..
Masalah jerebu ni kejap elok kejap datang balik..hmmm dunia dunia..ujian Allah..
Menyesal??Kenapa ye..hahaha..
Nak crita sikit ni selasa lepas kelas aku buat ujian amali..banyak la masalah yang timbul..ada yang hantar lambat,ada yang tak tau nak guna formula macam mana, ada yang salah hantar folder, ada yang x lengkap folder, tak tau macam mana nak buat tamplate, macam2 lagi.hahaha..
Tulaa lain kali masa lecturer ajar fokus jangan dok main fon, main pc buat keje lain..Hhaahaha..yang lecturer aku cakap tulaa lain kali buat nota cantik2 jangan cincai2..kan dah menyesal x dapat buat Lab Test elok2..hahaha..
Peringatan untuk diri sendiri..lain kali buat nota cantik2..hahaha..
-Sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tiada guna-
Monday, 19 October 2015
Pilihan??
Hye Assalamualaikum w.b.t.. semua..
Kehidupan sebagai manusia, haiwan, hidupan laut dan sebagainya memerlukan pilihan..Kita sebagai manusia mempunyai pelbagai pilihan yang perlu dibuat untuk terus maju dan berjaya dalam hidup.Contohnya, kita nak pilih sama ada hendak sihat atau tidak..Sekiranya kita pilih untuk sihat mesti kita akan pilih cara hidup sihat.Tapi kalau kita x mahu mesti kita ambil sambil lewa je kesihatan kita..
Haiwan pon mempunyai pilihan untuk terus hidup..Contohnya harimau,harimau perlu berlawan untuk dapatkan makanan dan kadang kala ada antara mereka yang mati kelaparan akibat tidak berjuang untuk makanan,mati akibat kalah dalam perjuangan dapatkan makanan dan mati akibat tiada bekalan makanan..
Jadi buatlah pilihan yang terbaik untuk kehidupan kita..:)
Beban
Assalamualaikum w.bt.. Hai..
Hari ni memang busy..Dengan sukan,dengan meeting,study n kelas,waktu makan, tidur dan macam2 lagi aktiviti.Hmmmm..ramai orang tanye."Eh awak tak rase beban ke dengan semua benda ni??"
Emmm..macam mane ye nak cakap.kehidupan ni memang semua kita kena tempoh.
Ramai orang kat sekeliling aku ni, aku tengok success je dalam apa yang dyeorang buat..dyeorang dapat imbangkan antara belajar dan aktiviti harian..
Hmmm..bagi aku la memang la aktiviti harian ni sibuk.ada je benda yang nak buat..tambah tambah lagi kehidupan aku yang sebagai pelajar ni..tapi kan....
Semua benda ni boleh dikira beban yang kita pikul untuk kehidupan kita..bagi aku,aku x nak anggap tanggungjawab ni sebagai beban..tapi aku anggap semua ni sebagai amanah..Jadi kita akan rasa benda ni semua ringan dan bukannya sebagai sesuatu beban yang berat..
"Hendak seribu daya,Tak hendak seribu dalih"
Tuesday, 13 October 2015
Rezeki
Assalamualaikum w.b.t semua.
Harini nak cerite sikit pasal kehidupan manusia ni..semua manusia telah ditetapkan hidupnya,rezekinya,ajalnya,jodonya dan sebagainya.
Kite dapat lihat dan sering disajikan dengan berita2 insan yang putus harapan,murtad,bunuh diri,tidak percaya dengan ketentuan Tuhan.Namun ada antara kita ni yang beranggapan bahawa takdir mereka, mereka yang mengatur.
Kesempitan hidup yang dirasakan terlampau teruk menyebabkan mereka melakukan perbuatan dan tindakan di luar syariat..hati hati mereka ini merasakan Tuhan tidak adil kerana orang lain diberi kekayaan hidup namun mereka diberi kemiskinan hidup..salah sama sekali..Tuhan itu Maha Adil..Tuhan memberikan kekayaan hidup dan kecukupan hidup..
Disini ada laa tips yang boleh kita sama2 amalkan agar dimurahkan rezeki :
1.Solat Dhuha 4 rakaat (istiqomah)
2.Baca Surah AlFatihah 7 kali.Amalkan selepas solat Dhuha
3.Baca Surah AlIkhlas 13 kali.Amalkan selepas Solat Dhuha
Petua ringkas :)
Selamat beramal
10.10
Assalamualaikum w.b.t semua..
Hari ni lepas balik dari program interaksi rase seronok sangat..best!! hehehe..oke nk tlis pasal "10.10" ni..10.10 ni boleh didefinisikan dengan pelbagai.contohnya berat badan,tarikh penting,kenangan,nama sesuatu atau nama tempat.
Tak kiralah apa yg dimaksudkan dengan 10.10 ni..tp kat sini aq nak crite tentang 10.10 ni sebenarnya tentang tarikh. 10.10.2015 baru2 ni ada buat selection untuk semua pelajar yang ingin mewakili kolej dalam SUKEM (Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia).Jadi banyakla acara yang bakal dipertandingkan.Contohnya bola sepak,badminton,renang,hoki,futsal,softball dan macam2 lagi.
Aq tringin jgak la jadi wakil kolej aq (Aminuddin Baki) dalam SUKEM ni.aq pon try la nasib dalam sukan softball..10.10 ni aq pon mulela training utk softball ni..disebabkan training pagi n petang jangan cakapla penatnya hahaha..bile balik je tidur tapi assignments x sentuh.haha..
10.10 ni hari yang memang penat la..serius cakap macam orang x de arah je time hari tu.sebab bangun pagi lpastu training,habis training balik tidur,bangun je tidur petang tu training balik.hahahha...bile ingat balik hari tu keje aq tidur n training je banyak,hahaha..
Pape pun kite semua sebagai pelajar ni kene seimbangkan antara amal,kebajikan,kesihatan,kemahiran insaniah walau sesibuk manepon kite..
"Kerana kehidupan pelajar universiti yang sibuk kalahkan menteri"
hahahaha =^.^=
Saturday, 3 October 2015
Berani dan Yakin??
Bissmillahhirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t. semua..
Sihat??yang kurang sihat tu smoge cpt sihat..hehe..Nak tanye sikit ni.Korang rase berani dan yakin ni saling berkait ke??
Siapa kat sini berani orangnya??
Boleh dikatakan semua orang ad sifat berani sebenarnya..cume antara nampak n x nampak je..Mcm aq, aq suke dngan orang yg berani..tapi berani dy ad la tahapnye jangan yg sampai langgar syariat..
Nak cite sikit la pasal diriku ni..haha..Dulu time kat skola rendah aq ni pendiam orangnye..x suke campur ngn orang,suke sendiri2, bile org tanye bepatah-batah aq just spatah je ckp..haha.tapi kan time skola menengah aq jadi bising..mulenye sbb aq jg ketua tingkatan..aq pon x tau knp org pilih aq jd ketua dyeorang..tp aq trime je "Mandat" yang diberi..cewahh haha..Dari zaman sekolah menengah la aq blaja n cube jadi berani dlm ap je yg aq tempoh..
Bagi aq antara berani dan yakin ni yakin ni diutamakan..Yakin ni pengapit kepada berani..sbb sebelum nak laksanakan sesuatu kita kene yakin barilah timbul berani dan dari berani tu kene yakin yang kita buat ni betul..
Alhamdulillah aq gunakan "Yakin - Berani - Yakin" ni sbagai prinsip aq untuk teruskan usaha jadi seseorang..sbb aq nak jd seseorang kpd mak ayah aq.haha sedih pulak tringat mak ayah ni..Jadi aq akan terus usaha untuk kehidupan yang lebih mencabar ni..
Jadi untuk kawan2 yg aq sayang..jadilah sorang yg yakin n berani..in shaa Allah ad hikmahnye disebalik semua ni..
- Find ur "Fight song" for "Life song" -
Mentor
Assalamualaikum w.b.t..
Haa..Harini nak crite sikit pasal "Mentor"..Bile kita dengar je pasal mentor mesti dok tringat tv show Mentor tunjuk ajarku sifu tu..Yang rancangan nyanyi2 tu..lame da ad rancangan ni..Tapi bukan nak crite pasal rancangan Mentor ni..
Dekat UKM ni student Fakulti Ekonomi Dan Pengurusan (FEP) ni ad mentor masing2 bagi setiap orang..Jadi semua orang wajib jumpe mentor dan masa yang fakulti bagi dlm seminggu..Wajib kene jumpe katenye..Tapi tarikh yang kene jumpe 21/9 - 30/9..Da la dalam mase ni cuti.Memang ad yg x pegi jumpe laa..Tapi yang peliknye ad jgak yang dapat mentor da besara..Macam manela nk jumpenye..haha
Mentor aq ni name dy Prof Madya Dr. Rohayu Abdul Ghani..Bilik dy dekat ngan bilik "Sir Sempoi" yang aq citu haritu..hehe..sebelah je rgopenye bilik deme..haha..Aq jumpe ngan Dr. Rohayu dengan mentee aq yg lain time last day tempoh jumpe 30/9..Jumpe ngn dy kat Hotel Puri Pujangga..wuuu hotel.hehehe..hotel ni dlm UKM je..Aq ngn mentee yg lain ni 1 kelas so kitorang mintak pelepasan dlm setengah jam ngn pensyarah akaun nak jumpe mentor..mintak pelepasan setengah jam tapi bkn setengah jam sejam jadinye..haha..Time kat hotel tu aq n mentee yg lain dpt mkn free sbb mentor blanje.hehe..Dr. Rohayu ni sporting je so best la jumpe dy haritu walaupun skip kelas kjap..hehe..
Oke x de idea nak cite sangat pasal mentor ni..Ni je yang mampu..
oke byeee..^_^
Saturday, 26 September 2015
Sempoi
Assalamualaikum w.b.t semua..
Hmm..dah lewat ni.Mak ayah pon dah suruh tidur..tp kejap.nk kongsi sikit ni..'sempoi'..haa bez cerite ni..aku ad seorang lecturer ni..dia ni ajar subjek aplikasi komputer set 2 and set 4..aku kelas dia set 2.Bile aku teringat kat telatah dia ni haha rase kelakar.Aku rase dia seorang yang sempoi..Eh jap lupe.nama dia En. Dzul Azzwan..
Pertama kali aku masuk kelas ni..aku ingat lagi apa yang dia cakap..serious tengiang ngiang kat kepala aku ni.dia cakap dalam kelas tu dia seorang je pandai yang kitorang semua bodoh..hahaha..lawak oo..hahahaha..
Bagi aku diala lecturer yang sempoi yang selambe main radak je nak buat ap pon and cakap apa pon..Dia ni suke dok kenekan student.macam dah hobi dia la dok kenekan student..sbb dia suka n dia rasa seronok.hahaha..
Walaupun dia ni nampak sempoi and selambe..tapi sebenanye dia ni tegas,baik,nampak je garang tp penyayang..haha..dia memang bez n sempoi..aku suka cara dia sebab buat aku rase lagi mencabar dapat lecturer cam dia..yang paling penting keje yang dia bagi kene ad perfect..dgn formatnya ..hehe..
Berapa banyak sempoi dah ulang tu...haha...okaylaa mata pon dah nak tetutup ni..tu jela yang nak cite pasal title 'sempoi' ni..bye..
Just be yourself .. ;)
Obses
Assalamualaikum w.b.t. semua!
Nak tanye sikit ni..hhehe..Korang pernah tak rasa obses kat sesuatu??Contohnye macam artis ke warna ke, atau apa apa jela..
Haa ni nk kongsi sikit..Obses ni hahaha..sebenanye susah nak gambarkan apa tu obses..kite tak tau maksud obses tu yang lebih jelas..sooo tengoklah kat "Cik Google"..
Cik Google bagitau obses ni menganggu,sentiasa dalam fikiran, memusatkan perhatian..
Haha..susahnyelaaa nak faham maksod yang tersirat obses ni..Senang cerita buat maksud sendiri...Obses ni menunjukkan individu yang terlalu minat pada sesuatus sampai sanggup buat apa apa je untuk dapatkan bende/sesuatu..yang ada sampaikan sanggup hambakan diri untuk sesuatu yang melibatkan hati, pemikiran, fizikal, masa dan kehendak.
Panjang sangat mukadimahnye..hehe..
Siapa tak suak bila cakap nak cantik.Semua suka especially kaum hawa.Kite pun nak cantik.Tapi..kadang-kadang kan rasa hairan and pelik dengan orang yang terlampau obses nak cantik.."Cantik"..bagi kite title cantik ni memangla untuk semua orang.Tambah-tambah lagi kalau orang perempuan.Sekali dipuji cantik oleh lelaki, makin suka nak melawa jadinye.Mungkin diri ni jugak.hehe ;)
Sedih rasenye and hampa bile tengok sekarang ni makin menjadi jadi orang perempuan yang sanggup melakukan apa- apa je untuk cantik.Sampaikan ada yang melanggar syariat dan membazirkan duit.Contohnya pembedahan plastik.Tapi ada sebahagian yang berjaya dan yang gagal.Bila dah gagal menyebabkan muka yang diciptakan semulajadi cantik tu rosak and nak berdepan dengan orang pun jadi malu disebabkan satu je 'nak cantik".
Pencipta menjadikan ciptaanNya semua sempurna dan cantik.Bagi kite diri ni sudah cukup cantik dan sempurna kerana tiap2 orang ada kelemahan dan kelebihan.Tapi selagi kita cuba untuk baiki,in shaa Allah dipermudahkan.Bagi kite, cantik bukan beerti perlu cantik fizikal sahaja tapi cantik perlu bermula dari dalam,maka in shaa Allah cantik luarannya akan timbul nanti..Jadi bagi kaum hawa yang nak sangat cantik tak perlulah sampai memudaratkan diri.
Kerana dirimu begitu berharga..Semua orang cantik,walaupun orang lain tak nampak kecantikan kita.Tapi apa yang penting kita nampak kecantikan diri sendiri.Hargai dirimu..:)
Take time to appreciate ourselves :) Alhamdulillah.
Subscribe to:
Posts (Atom)